Redmi Note 7 Terima Kemas Kini MIUI Global v10.2.7 Dengan Sokongan Mod ‘Super Night Scene’ 0 208

Baru-baru ini pemilik Redmi Note 7 melaporkan telah mula menerima kemas kini baharu iaitu MIUI Global v10.2.7 yang menampilkan sokongan mod ‘Super Night’ Scene’, sama seperti yang disokong oleh Xiaomi Mi MIX 3, Pocophone F1, Xiaomi Mi 8 dan banyak model lagi.

Walaupun tampil dengan saiz fail yang agak besar iaitu mencecah 505MB, kemas kini v10.2.7 ini hanya memaparkan log perubahan untuk mempertingkatkan keupayaan penggambaran pada waktu malam sahaja. Malah ia juga masih mengekalkan sokongan sistem keselamatan Android untuk bulan Februari 2019.

Melalui kemas kini ini, Redmi Note 7 yang tersedia dengan dwi kamera beresolusi 48MP + 5MP ini mampu menghasilkan hasil gambar yang lebih terang apabila diambil dalam persekitaran yang gelap. Apa yang pasti, pengguna di negara ini sudah tentunya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kemas kini ini memandangkan ia akan dilancarkan pada 19 Mac 2019 ini.

Baca juga:

Redmi Note 7 Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend