Redmi Note 7 Pro Terima Kemas Kini MIUI 10.2.10.0 Dengan Sokongan Permainan Fortnite Comments Off on Redmi Note 7 Pro Terima Kemas Kini MIUI 10.2.10.0 Dengan Sokongan Permainan Fortnite

Melalui perkongsian dalam forum ‘Mi Community’ di India, Xiaomi telah mengesahkan akan menawarkan sokongan permainan Fortnite untuk model Redmi Note 7 Pro yang dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 675. Walaupun populariti permainan PUBG Mobile dilihat jauh lebih tinggi berbanding Fortnite, Xiaomi dilihat masih mahu menawarkan judul permainan itu pada peranti keluarannya itu.

Menariknya pemilik Redmi Note 7 Pro di India baru-baru ini telah mengesahkan telah mula menerima kemas kini baharu yang turut menawarkan sokongan permainan Fortnite. Selain itu kemas kini itu turut mengatasi isu bunyi bising pada speaker, dan juga tampalan keselamatan Android untuk bulan Mac 2019.

Kemas kini yang diterima secara OTA (Over-the-Air) ini hadir dalam versi MIUI 10.2.10.0.PFGINMX bersaiz 285MB untuk pengguna di India.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Redmi Note 7 – Peranti Mampu Milik Dengan Spesifikasi Terbaik Dalam Kelasnya

Redmi Note 7 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend