Redmi Note 7 Pro Akan Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586 Comments Off on Redmi Note 7 Pro Akan Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586 350

Awal Januari 2019 yang lepas, Redmi Note 7 telah dilancarkan secara rasmi sebagai peranti pertama daripada Redmi selepas ia diumumkan sebagai sub-jenama daripada Xiaomi. Penerimaan terhadap model itu telah berjaya mendapat perhatian yang sangat positif kerana ia dikuasakan dengan Snapdragon 660 dan juga sokongan dwi kamera 48MP.

Sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Lu Weibing selaku Presiden Redmi, mereka akan memperkenalkan model terbaharunya iaitu Redmi Note 7 Pro di China. Menariknya, spesifikasi awal tentang peranti ini turut dikongsikan di laman Weibo yang memperlihatkan sokongan cipset 11nm yang lebih berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 675.

Redmi Note 7 Pro dipercayai akan masih mengekalkan sokongan dwi kamera beresolusi 48MP sama seperti Redmi Note 7, tetapi penggunaan sensor Samsung ISOCELL GM1 telah digantikan dengan sensor kamera Sony IMX586. Penggunaan sensor 48MP daripada Sony ini sudah tentunya mampu menjanjikan hasil gambar yang lebih berkualiti berbanding sebelum ini.

Apa yang lebih istimewanya, Redmi Note 7 Pro juga dipercayai akan didatangkan sekali palam kuasa dengan teknologi pengecasan pantas 18W di dalam kotak. Ia juga dikatakan akan hadir dengan skrin 6.43 inci, memori 6GB + 128GB, dijana dengan MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga menyokong bateri berkapasiti 4000 mAh.

Baca juga:

Redmi Note 7 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM, Kamera 48MP Dan Quick Charge 4.0

Qualcomm Snapdragon 675 Mencatatkan Skor AnTuTu Mengatasi Snapdragon 710

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend