Redmi Note 7 Kini Sudah Terjual Sebanyak 10,000,000 Unit Di Seluruh Dunia Comments Off on Redmi Note 7 Kini Sudah Terjual Sebanyak 10,000,000 Unit Di Seluruh Dunia

Redmi kini sedang bersiap sedia untuk majlis pelancaran telefon pintar terbaru, Redmi K20 esok, 28 Mei 2019 di China. Tetapi sebelum itu, Redmi nampaknya telah mengadakan majlis keraian atas kejayaan penjualan peranti kelas pertengahan mereka, Redmi Note 7 baru-baru ini.

Upacara memotong kek sempena kejayaan penjualan Redmi Note 7 telah diraikan sendiri oleh Pengasas Xiaomi, Lei Jun bersama eksekutif sub-jenama syarikatnya. Dalam ucapannya, Jun memberitahu bahawa kejayaan ini merupakan bukti kepada kemenangan yang mana nilai Xiaomi itu sendiri terletak pada kualiti dan nilai untuk wang.

Redmi Note 7 dilaporkan sudah terjual sebanyak 10,000,000 unit di seluruh dunia dalam masa 129 hari semenjak ia mula dijual. Jumlah ini sekaligus tidak termasuk unit yang berada di inventori.

Di Malaysia, telefon pintar ini boleh dikategorikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang laris sehinggakan ramai pengguna menyatakan kesukaran untuk mendapatkannya di kedai-kedai.

Apa yang membuatkan ia laris adalah spesifikasinya yang seimbang dengan tanda harga. Bagi yang belum tahu, Redmi Note 7 ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu 3GB+32GB, 4GB+64GB, dan 4GB+128GB, masing-masing berharga RM678, RM799, dan RM949 sebuah.

Baca juga:

[Ulasan] Redmi Note 7 – Peranti Mampu Milik Dengan Spesifikasi Terbaik Dalam Kelasnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend