Redmi Note 7 Dilaporkan Telah Mula Menerima Kemas Kini Mod ‘Super Night Scene’ Comments Off on Redmi Note 7 Dilaporkan Telah Mula Menerima Kemas Kini Mod ‘Super Night Scene’

Seperti yang telah dijanjikan pada sebelum ini, Redmi Note 7 dilaporkan telah mula menerima kemas baharu yang menawarkan sokongan penggambaran yang lebih terang pada waktu malam iaitu mod ‘Super Night Scene’. Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, sokongan mod penggambaran ini adalah sama seperit yang disokong oleh peranti yang lebih mahal iaitu Mi 8 Pro, Mi MIX 2s dan juga Mi MIX 3.

Redmi Note 7 hadir dengan sokongan dwi kamera beresolusi 48MP menggunakan sensor Samsung ISOCELL GM1 Ultra Clear, manakala lensa kedua pula beresolusi 5MP daripada sensor Sony IMX600 untuk efek bokeh. Untuk kamera depan pula ia menyokong kamera 13MP dengan sokongan AI Smart Beauty dan AI Face Unlock.

Berdasarkan pendedahan sebelum ini, pengguna di negara ini bakal menerima Redmi Note 7 ini secara rasmi seawal bulan Februari nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend