Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1 Comments Off on Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Selepas mengumumkan pengasingan Redmi sebagai sub-jenama daripada Xiaomi, tiga model telahpun dilancarkan secara rasmi iaitu Redmi Note 7, Redmi Note 7 Pro dan yang terbaru Redmi 7. Sejak Xiaomi mengumumkan tarikh pelancaran Redmi Note 7 untuk pasaran tempatan, ramai di antara pengguna tertanya-tanya varian apakah yang akan ditawarkan.

Kini persoalan itu telah terjawab selepas Xiaomi melancarkan Redmi Note 7 untuk pengguna di Malaysia dengan penawaran peranti yang dioperasikan dengan Qualcomm Snapdragon 660. Ia juga menyokong paparan skrin 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan rekaan takuk yang dikenali sebagai ‘Dot Drop Display’.

Keupayaan penggambaran Redmi Note 7 dilengkapi dengan dwi kamera beresolusi 48MP (Samsung ISOCELL GM1) + 5MP, manakala untuk kamera depan pula tersedia dengan lensa beresolusi 13MP. Dijana dengan bateri 4000 mAh dengan sokongan teknologi Quick Charge 4 yang boleh dicas menggunakan USB Type-C, pakej pembelian hanya tersedia dengan palam kuasa 10W (5V2A) sahaja.

Ditawarkan dalam tiga warna iaitu Black, Fantasy Blue dan Twilight Red, Redmi Note 7 akan dijual bermula 27 Mac 2019. Lebih istimewa, setiap pembelian akan turut menerima jaminan waranti selama 18 bulan. Bagi yang berminat, anda boleh memiliki Redmi Note 7 dalam tiga varian berbeza.

Kesemua tiga warna Redmi Note 7 turut ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Harga Redmi Note 7 di Malaysia:

  • 3GB + 32GB → RM679
  • 4GB + 64GB → RM799
  • 4GB + 128GB → RM949

Baca juga:

Redmi 7 Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend