Redmi Note 7 Berjaya Capai Sasaran Jualan Melebihi 4 Juta Unit Untuk Pasaran Di China Sahaja Comments Off on Redmi Note 7 Berjaya Capai Sasaran Jualan Melebihi 4 Juta Unit Untuk Pasaran Di China Sahaja

Pada 21 Mac yang lepas, Lu Weibing selaku Pengurus Besar Redmi telah membuat ramalan untuk menjual 4 juta unit Redmi Note 7 menjelang hujung bulan Mac 2019. Nampaknya ramalan yang dibuat itu dengan mudah berjaya dicapai lebih awal, selepas lebih daripada 4 juta unit Redmi Note 7 telah berjaya dijual untuk pasaran di China pada 29 Mac yang lalu.

Sebagai rujukan Redmi Note 7 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di China sejak 10 Januari yang lalu, dan kejayaan ini berjaya dicapai dengan mudah berikutan sokongan spesifikasi yang baik pada harga yang lebih mampu milik. Tambahan pula sokongan kamera 48MP yang sering dipromosikan merupakan salah satu daya tarikan terbesar pada model ini.

Baca juga:

Jualan Redmi Note 7 Dijangka Cecah 4 Juta Unit Menjelang Penghujung Mac 2019

Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend