Redmi Lancar Powerbank Berkapasiti 10,000mAh Dan 20,000mAh Dengan Sokongan Port microUSB Dan USB Type-C Comments Off on Redmi Lancar Powerbank Berkapasiti 10,000mAh Dan 20,000mAh Dengan Sokongan Port microUSB Dan USB Type-C 375

Redmi selaku sub-jenama daripada Xiaomi buat pertama kalinya telah melancarkan powerbank pertama keluarannya dengan kemunculan dua model berbeza iaitu Redmi Powerbank 10000mAh (PB100LZM) dan juga Redmi Powerbank 20000mAh (PB200LZM). Tampil dengan rekaan yang sama, kedua-dua powerbank ini ditawarkan dalam satu warna pilihan iaitu putih.

Redmi Powerbank 10000mAh dan 20000mAh ini tersedia dengan dua port USB Type-A yang boleh digunakan untuk mengecas dua peranti secara serentak. Proses mengecaskedua-dua powerbank ini pula boleh dibuat dengan menggunakan sambungan kabel microUSB ataupun kabel USB Type-C. Jika dilihat pada poster rasmi, versi 10000mAh menyokong pengecasan biasa dan versi 20000mAh pula menyokong pengecasan pantas.

Redmi Powerbank 10000mAh dengan ukuran 150.5 x 73.6 x 15.1mm ini akan dijual pada harga CNY59 (~RM35), manakala Redmi 20000mAh yang berukuran 154 x 73.6 x 27.3mm ini pula akan dijual pada harga CNY99 (~RM59).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend