Redmi K30 Pro Dengan Sokongan 5G Bakal Dilancarkan Bulan Hadapan Comments Off on Redmi K30 Pro Dengan Sokongan 5G Bakal Dilancarkan Bulan Hadapan

Redmi K30 dan Redmi K30 5G telah dilancarkan pada Disember lalu dengan cip pemproses kelas pertengahan masing-masing dengan Snapdragon 730G dan Snapdragon 765G. Kini dikhabarkan Redmi bakal mengumumkan versi Pro pula pada bulan Mac hadapan. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Redmi di laman Weibo hari ini.

Berdasarkan imej yang dikongsi, apa yang kita dapat lihat Redmi K30 Pro tidak menyertakan kamera depan berlubang pada skrin seperti siri Redmi K30. Oleh itu, berkemungkinan ia hadir dengan kamera depan jenis pop-naik seperti yang terdapat pada Redmi K20 Pro (Xiaomi Mi 9T Pro).

Walaupun tidak jelas sama ada Redmi K30 Pro akan menggunakan cipset jenis apa, sokongan 5G yang dibawa sudah cukup untuk membuktikan ia bakal dikuasakan SoC Snapdragon 865 memandangkan Redmi mahu mengatasi isu kadar segar semula 120Hz yang dihadapi kebanyakan pengguna Redmi K30 dan K30 5G. Jika ragu-ragu juga, nama Pro kebiasaannya lebih sesuai merujuk kepada telefon berspesifikasi tinggi.

Bagaimanapun, ciri-ciri selebihnya tidak didedahkan Redmi tetapi kita bakal mengetahui sebaik peranti dilancarkan.

melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend