Redmi K30 Pro dan K30 Pro Zoom Edition Kini Rasmi – Snapdragon 865, 6.67″ AMOLED, 4700mAh Dan 33W Comments Off on Redmi K30 Pro dan K30 Pro Zoom Edition Kini Rasmi – Snapdragon 865, 6.67″ AMOLED, 4700mAh Dan 33W

Hari ini Redmi telahpun melancarkan dua lagi telefon pintar mercu terbaharunya iaitu Redmi K30 Pro dan juga Redmi K30 Pro Zoom Edition di China.

Redmi K30 Pro dan K30 Pro Zoom Edition telah dikuasakan dengan cipset paling berkuasa iaitu Snapdragon 865 dan ia turut hadir dengan kapasiti RAM LPDRR5 sehingga 8GB serta storan dalaman jenis UFS 3.1 sehingga 256GB.

Paparan skrin kedua-dua model ini pula hadir dengan panel AMOLED FHD+ (1080 x 2400 piksel) berukuran 6.67 inci yang dilengkapi ciri HDR10+, Corning Gorilla Glass 5, dan juga tahap keterangan maksimum sehingga 1200 nit.

Namun begitu, agak mengecewakan kerana ia hanya menyokong kadar segar semula skrin setakat 60Hz sahaja. Malah varian Redmi K30 yang difokuskan untuk segmen kelas pertengahan juga telahpun dilengkapi dengan panel 120Hz.

Kedua-dua model ini juga hadir dengan kamera depan beresolusi 20MP, manakala untuk kamera utama ia tersedia dengan kuad kamera beresolusi 64MP (Sony IMX686) + 13MP (Ultra Wide) + 5MP (Telephoto) + 2MP (Macro).

Menariknya, lensa Telephoto untuk Redmi K30 Pro tampil lebih berkuasa dengan sokongan kamera beresolusi 8MP dengan keupayaan zum hibrid sehingga 30x.

Redmi K30 Pro dan Redmi K30 Pro turut menampilkan bateri berkapasiti 4700mAh dengan pengecasan pantas 33W, WiFi 6, ciri ketahanan IP53, dan juga bicu audio 3.5mm.

Harga jualan di China:

  • Redmi K30 Pro
    • 6GB + 128GB – CNY2,999 (~RM1,878)
    • 8GB + 256GB – CNY3,399 (~RM2,128)
  • Redmi K30 Pro Zoom Edition
    • 6GB + 128GB – CNY3,799 (~RM2,378)
    • 8GB + 256GB – CNY3,999 (~RM2,503)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend