Redmi K30 5G Speed Edition Akan Dilancarkan Pada 11 Mei Ini Sebagai Peranti Snapdragon 768G Pertama Comments Off on Redmi K30 5G Speed Edition Akan Dilancarkan Pada 11 Mei Ini Sebagai Peranti Snapdragon 768G Pertama

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Mei ini di China, Xiaomi telahpun merancang untuk melancarkan model terbaharunya iaitu Redmi K30 5G Speed Edition (nama Extreme Edition dipaparkan pada poster).

Disahkan akan dikuasakan dengan cipset terbaharu Snapdragon 768G dengan sokongan 5G, Redmi K30 5G Speed Edition dikatakan akan mula dijual secara rasmi pada 14 Mei 2020 nanti di China.

Lebih menariknya berdasarkan portal beli-belah popular jd.com, spesifikasi Redmi K30 5G Speed Edition turut didedahkan iaitu sokongan skrin IPS LCD berukuran 6.67 inci, pengimbas cap jari pada butang kuasa, dan dilengkapi sambungan NFC, port inframerah serta bicu audio 3.5mm.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend