Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sentuhan Istimewa Marvel Comments Off on Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sentuhan Istimewa Marvel 320

Model Redmi K20 dan Redmi K20 Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi di China pada hujung bulan Mei yang lepas, dan lebih kurang sebulan Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan model Redmi K20 untuk pasaran tempatan dengan menggunakan nama Xiaomi Mi 9T.

Menariknya hari ini Redmi China telah hadir dengan satu lagi edisi terhad Redmi K20 Pro melalui pelancaran model Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition. Berbeza dengan model sebelum ini, Redmi K20 Pro edisi terhad ini telah menerima sentuhan istimewa daripada Marvel pada kotak pembungkusan, sarung pelindung bertemakan Avengers, dan juga plat logam istimewa.

 

Tidak cukup dengan itu, Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition juga menampilkan rekaan panel belakang yang lebih unik yang diinspirasikan daripada topeng Iron Man. Hadir dengan kemasan panel belakang dalam warna hitam, ia juga turut tersedia dengan tema khas daripada Iron Man.

Dari segi sokongan spesifikasi, ia masih kekal sama seperti varian asal Redmi K20 Pro iaitu Snapdragon 855, RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB, skrin 6.39 inci AMOLED FHD+, tiga kamera 48MP, kamera depan 20MP, bateri 4000 mAh (27W), dan juga dilengkapi sistem penyejukan.

Dikongsikan melalui akaun rasmi Redmi di Weibo, harga dan juga tarikh jualan Redmi K20 Pro Marvel Hero Limited Edition masih lagi belum diumumkan buat masa ini.

sumber

Baca juga:

Redmi K20 Pro Dan Redmi K20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 855/730, Skrin 6.39″ AMOLED dan Bateri 4000 mAh

Xiaomi Mi 9T Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1199

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend