Redmi K20 Bakal Diperlihatkan Secara Rasmi Di China Minggu Hadapan Comments Off on Redmi K20 Bakal Diperlihatkan Secara Rasmi Di China Minggu Hadapan 215

Minggu lalu orang besar Redmi telah mengumumkan nama rasmi kepada telefon pintar mercu terbarunya. Ia dinamakan Redmi K20 dan mengikut laporan terkini, telefon pintar tersebut akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan.

Redmi K20 bakal hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan sistem tri-kamera belakang 48MP. Disamping itu, ia mungkin tiba dengan kamera depan terangkat 20MP, paparan OLED 6.39-inci FHD+, memori 8GB RAM, dan 256GB keluasan storan. Peranti tersebut turut dijana sistem operasi MIUI 10 berasaskan Android Pie, sokongan pengimbas cap jari dalam skrin generasi ke-6, serta bateri 4,000mAh bersama sistem pengecasan pantas 27W.

Telefon pintar ‘killer’ ini akan diperkenalkan di China pada 28 Mei 2019, jadi sama-sama kita nantikan perkembangan lebih terperici semasa pelancaran nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend