Redmi Go Tertiris Di Internet Dengan Sokongan Snapdragon 425, 1GB RAM + 8GB Dan Skrin HD 5.0″ Comments Off on Redmi Go Tertiris Di Internet Dengan Sokongan Snapdragon 425, 1GB RAM + 8GB Dan Skrin HD 5.0″

Jika kebanyakan pengeluar dilihat telah mula menggunakan rekaan skrin penuh, Redmi nampaknya bakal mengembalikan semula rekaan tradisional dengan paparan skrin bernisbah 16:9. Hadir dengan saiz bezel yang agak tebal, Redmi Go menyokong skrin berukuran 5.0 inci dengan resolusi HD 1280 x 720 piksel.

Disasarkan untuk segmen kelas permulaan, Redmi Go dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo berasaskan platform Android Go. Dari segi prestasi pula, ia dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 425 (28nm), memori 1GB RAM dan juga ruang storan hanya 8GB yang tersedia dengan sokongan kad microSD (slot berasingan).

Spesifikasi lain yang disokong adalah kamera utama 8MP (f/2.0), kamera depan 5MP (f/2.2), bateri berkapasiti 3000 mAh (5V1A), dua SIM dengan rangkaian 4G+,WiFi 802.11n, Bluetooth v4.1, dan juga port microUSB.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu biru dan hitam, harga jualan Redmi Go ini masih lagi belum didedahkan buat masa ini. Apa yang pasti Filipina mungkin menjadi negara terawal menerima model ini berikutan spesifikasi dan imej yang tertiris ini telah dilihat di Lazada di sana.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend