Redmi Akan Pertimbangkan Ciri Kalis Air Dan Debu IP68 Pada Masa Akan Datang Comments Off on Redmi Akan Pertimbangkan Ciri Kalis Air Dan Debu IP68 Pada Masa Akan Datang

Melalui perkongsian Lu Weibing selaku Naib Presiden Kumpulan Xiaomi, yang juga merangkap Pengurus Besar Redmi, Redmi K30 Pro telah dilengkapi dengan ciri IP53 yang dikatakan sudah cukup memadai dan IP68 tidak diperlukan.

Namun begitu, kenyataan itu tidak disokong oleh peminat Redmi kerana rata-rata daripada mereka mahukan sokongan IP68 pada peranti Redmi. Disebabkan maklum balas yang diterima itu, Lu Weibing terpaksa akur dan akan mempertimbangkan IP68 pada peranti keluarannya pada masa akan datang.

Sekiranya sokongan IP68 akan diperkenalkan pada peranti Redmi, ia sudah tentunya akan menjadi ikutan pengeluar telefon pintar kelas pertengahan yang lain.

Tetapi persoalannya, kehadiran IP68 ini pada peranti Redmi sudah tentunya akan mendorong kepada kenaikan harga jualannya. Jadi adakah anda bersetuju dengan tindakan ini?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend