Redmi Akan Menjadi Yang Pertama Menghasilkan Teknologi ‘Super Charge Turbo 100W’ Secara Besar-Besaran Comments Off on Redmi Akan Menjadi Yang Pertama Menghasilkan Teknologi ‘Super Charge Turbo 100W’ Secara Besar-Besaran

Baru-baru ini Pengurus Besar Jenama Redmi iaitu Lu Weibing telah berkongsi sebuah video pendek yang memperlihatkan keupayaan teknologi pengecasan pantas yang dibangunkan oleh Xiaomi yang dikenali sebagai ‘Super Charge Turbo 100W’.

Melalui perkongsian video itu, peranti Xiaomi dengan bateri berkapasiti 4000 mAh telah berjaya dicas penuh dalam tempoh hanya 17 minit sahaja, dengan menggunakan teknologi Super Charge Turbo 100W. Manakala peranti OPPO yang memiliki bateri berkapasiti 3700 mAh dengan sokongan teknologi SuperVOOC 50W pula hanya berjaya mengecas setakat 65% dalam tempoh yang sama.

Lebih menariknya, Lu Weibing turut mendedahkan bahawa Redmi akan menjadi yang pertama dalam industri untuk membangunkan teknologi Super Charge Turbo 100W itu secara besar-besaran, sekaligus mengatasi teknologi SuperVOOC 50W yang dilihat agak terhad penawarannya.

Baca juga:

Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Redmi 7 Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend