Redmi Akan Diperkenalkan Sebagai Sub-Jenama Xiaomi Dengan Menyaksikan Pelancaran Telefon Pintar 48MP Pada 10 Januari Comments Off on Redmi Akan Diperkenalkan Sebagai Sub-Jenama Xiaomi Dengan Menyaksikan Pelancaran Telefon Pintar 48MP Pada 10 Januari

Huawei merupakan jenama yang terawal hadir dengan sub-jenamanya iaitu Honor pada tahun 2013 yang lalu, dan baru-baru ini OPPO juga dilihat telah mula menawarkan peranti keluarannya dari sub-jenama Realme untuk pasaran terpilih. Lebih mengejutkan Xiaomi juga bakal mengikut jejak langkah yang sama dengan mengasingkan Redmi sebagai sub-jenamanya.

Perkara ini telah disahkan melalui perkongsian rasmi yang telah diumumkan di laman rasmi mi.com, yang mana satu sidang media akan diadakan pada 10 Januari 2019 nanti di Beijing, China.

Selain berita mengenai pengasingan antara jenama Xiaomi dan Redmi, imej yang dikongsikan itu turut memperlihatkan bayang-bayang dengan nombor ‘4800’ yang dipercayai merujuk kepada telefon pintar dengan sokongan kamera 48MP. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Xiaomi sebelum ini pernah mendedahkannya kepada umum di Weibo.

Sumber

Baca juga:

Peranti Misteri Xiaomi Dengan Kamera 48MP Akan Dilancarkan Pada Januari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend