Redmi 9 Dengan Helio G70 Dilaporkan Bakal Tiba Seawal Tahun Hadapan Comments Off on Redmi 9 Dengan Helio G70 Dilaporkan Bakal Tiba Seawal Tahun Hadapan

Bulan lalu peranti kelas pertengahan-bawah, Redmi 8A telah mula dijual secara rasmi di Malaysia pada harga mampu milik. Sebulan sebelumnya, Redmi 8 ditawarkan kepada orang ramai juga pada harga kurang daripada RM500 sebuah.

Terkini, kedengaran pula desas-desus mengatakan Redmi 9 akan diperkenalkan seawal tahun 2020 di China. Redmi 9 dipercayai akan dipadankan skrin yang lebih besar berbanding generasi terdahulu iaitu dengan paparan 6.6-inci.

Ia bakal dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G70 dengan prestasi yang lebih rendah berbanding Helio G90 dan G90T. Walaubagaimanapun, SoC ini akan digandingkan bersama memori 4GB RAM dan sekurang-kurangnya 64GB storan. Selain itu terdapat beberapa varian dengan pilihan memori lain.

Redmi 9 dijangka akan dilancarkan di China pada suku pertama tahun hadapan. Peminat Xiaomi juga boleh mengharapkan aspek fotografi dan prestasi yang lebih baik untuk telefon pintar ini. Sistem operasinya pula dijalankan di atas antaramuka MIUI 11 berasaskan Android 10.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend