Redmi 8A Dual Diumumkan Dengan Snapdragon 439, Dwikamera, Dan Bateri 5000mAh Comments Off on Redmi 8A Dual Diumumkan Dengan Snapdragon 439, Dwikamera, Dan Bateri 5000mAh

Redmi 8A memasuki pasaran Malaysia sejak November lalu sebagai telefon pertengahan-bawah dengan harga jualan RM459. Kini versi yang lebih baik telah diperkenalkan.

Redmi 8A Dual yang terbaru hadir dengan dwikamera belakang menampilkan kombinasi sensor 13MP dan 2MP berbanding satu kamera pada Redmi 8A. Manakala kamera depan kekal sama iaitu 8MP dengan ciri mod potret.

Redmi 8A Dual dipadankan paparan LCD 6.22-inci HD+ yang dilindungi Corning Gorilla Glass 5 dan panel belakang pula diselaputi getah bertekstur untuk cengkaman terbaik yang dipanggil Aura XGrip. Peranti ini didatangkan dengan salutan P2i, jadi pengguna tidak perlu risau sekiranya telefon mereka terkena percikan air.

Pada bahagian dalaman, Redmi 8A Dual dikuasakan cipset Snapdragon 439, digandingkan memori 2GB atau 3GB RAM, berserta storan seluas 32GB dengan sokongan kad microSD sehingga 512GB. Tiada perbezaan antara model ini dengan Redmi 8A selain peranti juga dikuasakan bateri sebesar 5000mAh.

Telefon ini boleh dicas menggunakan sambungan USB-Type C berkuasa 18W namun apa yang dibekalkan di dalam kotak adalah adapter 10W.

Menariknya untuk Redmi 8A Dual ini, ia boleh menjadi sebuah powerbank kepada peranti lain kerana menyokong pengecasan berbalik. Peranti dilengkapkan dengan ciri AI face unlock, Radio RM tanpa wayar, dan VoWiFi.

Di India, telefon pintar ini dijual pada harga INR6499 (~RM377) untuk 2GB+32GB sementara varian 3GB+32GB berharga INR6999 (~RM406). Daripada segi warna, terdapat pilihan Sky White, Sea Blue, dan Midnight Grey. Untuk pasaran Malaysia, masih tiada butiran mengenainya lagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend