Redmi 8 Dilancarkan Di India, Harga Kurang RM600 Untuk Varian Tertinggi Comments Off on Redmi 8 Dilancarkan Di India, Harga Kurang RM600 Untuk Varian Tertinggi 172

Redmi 8 dilancarkan secara rasmi hari ini untuk pasaran India, telefon pintar yang dilengkapi spesifikasi pertengahan-bawah seperti skrin bertakuk titisan air, panel belakang berkonsep kaca, cipset Snapdragon, dan sistem operasi terbaru MIUI 10.

Atas kertas, Redmi 8 menawarkan cip pemproses Snapdragon 439 disamping memori RAM sebesar 4GB dan storan seluas 64GB selain terdapat slot dedikasi untuk kad microSD. Paparan yang digunakan pula adalah jenis IPS LCD bersaiz 6.2-inci HD+ 720 x 1520p. Terdapat perlindungan Corning Gorilla Glass 5 pada skrin dan P2i nano-coating pada panel belakang menghalang percikan air masuk ke dalam peranti.

Redmi 8 dikuasakan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W menerusi sambungan USB-C. Bagaimanapun, di dalam kotak pembelian hanya menyertakan palam kuasa 10W sahaja. Peranti ini turut menawarkan pengimbas cap jari, Bluetooth 5.0, Radio FM, IR Blaster, dwi-4G LTE, dan bicu audio 3.5mm.

Melengkapkan peranti, Redmi 8 hadir dengan konfigurasi dwikamera 12MP + 2MP yang mana kamera utama berada disebalik aperture f/1.8 dan Dual Pixel Autofocus sementara kamera kedua membawakan efek kedalaman. Kamera swafoto pula ialah 8MP yang boleh digunakan untuk nyahkunci wajah.

Redmi 8 dijual pada harga INR7,999 (~RM472) untuk 3GB + 32GB dan INR8,999 (~RM531) untuk 4GB + 64GB dengan tiga pilihan warna Sapphire Blue, Ruby Red, dan Onyx Black.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend