Redmi 8 Dan Redmi 8A Disahkan Menyokong Fungsi Khas Untuk Singkirkan Habuk Pada Speaker Comments Off on Redmi 8 Dan Redmi 8A Disahkan Menyokong Fungsi Khas Untuk Singkirkan Habuk Pada Speaker

Sewaktu siri Redmi Note 8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, Xiaomi Malaysia telahpun mengesahkan sokongan fungsi khas yang boleh mengekalkan kualiti audio pada peranti itu daripada terhalang daripada pengumpulan habuk pada lubang speakernya.

Melalui pengumuman rasmi yang dikongsikan oleh Xiaomi, fungsi yang dikenali sebagai ‘Sonic Dust Removal’ itu telah disahkan turut disokong pada Redmi 8 dan juga Redmi 8. Fungsi khas ini membolehkan pemilik peranti tersebut menjalankan proses mencuci lubang speaker dengan memainkan bunyi khas selama 30 saat untuk menyingkirkan habuk pada lubang speaker.

Redmi 8 baru sahaja dijual secara rasmi di Malaysia pada harga bermula daripada RM499.

Menariknya Xiaomi turut memuat naik sebuah video pendek yang jelas memperlihatkan kekuatan fungsi ‘Sonic Dust Removal’ pada siri Redmi 8, yang mana ia dilihat mampu memadam lilin yang menyala.

Baca juga:

Redmi 8 Dengan Pengecasan Pantas 18W Akan Dijual Pada 12 Oktober 2019 Dengan Harga Bermula RM499

Redmi Note 8 Dan Redmi 8 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM599 Hingga RM1199

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend