Redmi 7 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Dan Dwi Kamera Comments Off on Redmi 7 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Dan Dwi Kamera

Selepas melancarkan Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro, kini satu lagi model terbaharu telah diperkenalkan secara rasmi di China iaitu model Redmi 7 yang menjanjikan harga yang lebih kompetitif.

Dari segi rekaan fizikal, Redmi 7 masih mengekalkan penampilan yang sama seperti dua model dari siri Redmi Note 7. Namun begitu sokongan spesifikasinya adalah lebih rendah iaitu memiliki paparan skrin 6.26 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk ala titisan air. Menariknya paparan skrin peranti ini turut menjanjikan ketahanan lebih baik dengan panel Corning Gorilla Glass 5.

Peranti ini telah dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 632 (14nm) dan dioperasikan oleh antaramuka MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie. Redmi 7 juga menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik melalui sokongan bateri berkapasiti 4000 mAh yang mampu menawarkan masa menunggu sehingga 400 jam, hasil bantuan daripada fungsi AI Power Saving.

Redmi 7 masih mengekalkan sokongan dwi kamera tetapi memiliki resolusi lebih rendah iaitu 12MP + 2MP, dan juga kamera depan beresolusi 8MP. Manakala untuk sambungan pula ia menyokong 4G VoLTE, WiFi 802.11n, bicu audio 3.5mm, dan juga port microUSB.

Terdapat tiga varian ditawarkan untuk Redmi 7 iaitu 2GB + 16GB yang dijual pada harga CNY699 (RM424), 3GB + 32GB pula berharga CNY799 (RM485), dan varian tertinggi 4GB + 64GB boleh dimiliki pada harga CNY899 (RM546).

Baca juga:

Redmi Note 7 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM, Kamera 48MP Dan Quick Charge 4.0

Redmi Note 7 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend