Redmi 7 Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM499 Comments Off on Redmi 7 Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM499

Di dalam majlis pelancaran Redmi Note 7 yang diadakan hari ini, Xiaomi Malaysia nampaknya turut membawakan satu lagi kejutan apabila turut menawarkan satu lagi model yang lebih mesra poket dengan kehadiran Redmi 7 yang baru sahaja dilancarkan di China semalam.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 632, Redmi 7 merupakan telefon pintar paling berkuasa untuk segmen harganya. Ditawarkan dalam dua pilihan memori iaitu 2GB + 16GB atau 3GB + 32GB, ia menampilkan sokongan skrin berukuran 6.26 inci HD+ dengan rekaan takuk jenis ‘Dot Drop Display’ yang turut menempatkan kamera swafoto 8MP (f/2.0).

Manakala panel belakang Redmi 7 ini pula tersedia dengan dwi kamera beresolusi 12MP + 2MP yang mampu mengenal pasti persekitaran secara automatik melalui bantuan AI. Bahkan ia turut tersedia dengan sensor pengimbas cap jari dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh yang menjanjikan masa menunggu sehingga 412 jam.

Sama seperti Redmi Note 7, model bajet ini turut ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan juga biru. Redmi 7 dengan memori 2GB + 16GB akan dijual pada harga RM499, manakala varian 3GB + 32GB pula boleh dimiliki pada harga RM599. Ia akan dijual secara rasmi bermula 27 Mac 2019 ini.

Baca juga:

Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend