Redmi 7 Dengan Skrin 6.26″ HD+ Dan Bateri 3900 mAh Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 6 Mac Comments Off on Redmi 7 Dengan Skrin 6.26″ HD+ Dan Bateri 3900 mAh Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 6 Mac

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di Madrid, Sepanyol pada 6 Mac 2019, Redmi bakal memperkenalkan satu lagi model terbaharunya iaitu Redmi 7 yang disasarkan untuk segmen harga yang lebih mampu milik.

Sebelum sempat model ini didedahkan secara rasmi, spesifikasi awal Redmi 7 ini telah berjaya didedahkan selepas ia melepasi pangkalan data TENAA di China. Tampil dengan nombor model M1810F6LE, Redmi 7 akan dilengkapi dengan paparan skrin HD+ (1520 x 720 piksel) berukuran 6.26 inci dengan menerima sentuhan antaramuka MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie.

Redmi 7 dengan bateri berkapasiti 3900 mAh ini juga turut menyokong dwi kamera utama beresolusi 12MP + 8MP yang berupaya mengambil gambar beresolusi 48MP, sama seperti Redmi Note 7 yang dilancarkan pada Januari 2019 lepas. Bahagian panel belakang peranti dengan dimensi 158.65 x 76.43 x 8.47mm ini juga dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari.

Walaupun cipset yang akan digunakan masih belum diketahui, ia disahkan akan dikuasakan oleh cipset lapan teras berkelajuan 1.8 GHz. Terdapat tiga varian ditawarkan untuk Redmi 7 iaitu 2GB + 16GB, 3GB + 32GB dan juga 4GB + 64GB.

sumber

Baca juga:

Redmi Note 7 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM, Kamera 48MP Dan Quick Charge 4.0

Redmi Note 7 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend