Redmi 5 Dan Redmi Note 5 Mula Terima Kemas Kini Stabil MIUI 11 Comments Off on Redmi 5 Dan Redmi Note 5 Mula Terima Kemas Kini Stabil MIUI 11 261

Xiaomi nampaknya sedang aktif melepaskan kemas kini MIUI 11 untuk beberapa model telefon pintar mereka. Terkini, kemas kini tersebut dilaporkan sudah mula disediakan kepada pengguna Redmi 5 dan Redmi Note 5 untuk dimuat turun.

Kedua-dua peranti telah dinaik taraf melalui perisian MIUI V11.01 versi stabil. Namun begitu, Xiaomi masih mengekalkan Android Pie sebagai asas kepada sistem operasi ini. Kemas kini memerlukan ruang storan sebesar 677MB, sementara untuk Redmi 5 adalah sebesar 591MB.

Redmi Note 5 telah dilancarkan pada bulan Mac 2018

Walaupun tidak dikuasakan Android 10, pengguna masih boleh menikmati fungsi baharu seperti mod gelap, ikon baharu pada UI, mod Ultra Power Saving, mod kanak-kanak, dan sebagainya. Apa yang penting adalah MIUI 11 telah menampal sedikit sebanyak pepijat sedia ada malah pada masa sama memberi kesegaran kepada pengalaman pengguna.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend