RED Hyrdrogen One Dengan Sokongan Paparan Holografik Akan Dipertingkatkan Spesifikasinya – Pelancaran Ditunda Pada Ogos 2018 Comments Off on RED Hyrdrogen One Dengan Sokongan Paparan Holografik Akan Dipertingkatkan Spesifikasinya – Pelancaran Ditunda Pada Ogos 2018

RED bukanlah satu jenama yang calang-calang kerana ia merupakan antara pengeluar kamera video yang terbaik kerana berupaya menghasilkan output yang sangat berkualiti tinggi. Jika sebelum ini RED telah mengeluarkan kenyataan untuk melancarkan telefon pintar pertama keluarannya iaitu model Hydrogen One pada suku pertama tahun 2018, nampaknya ia tidak menjadi kenyataan kerana tarikh pelancarannya telah ditunda pada Ogos 2018 nanti.

Walaupun tarikh pelancarannya telah ditangguhkan, RED telah berkongsi berita baik apabila mengesahkan bahawa kelewatan model ini berikutan penambahbaikan yang cuba dilakukan pada Hydrogen One. Jika sebelum ini ia hanya menyokong satu modul kamera dengan keupayaan pengambilan video 3D, kini RED akan hadir dengan dua kamera pada bahagian belakang dan hadapan bagi membolehkan rakaman video 4-View diambil.

Rakaman video ini membolehkan pengguna untuk melihat di sekeliling dan belakang objek menggunakan skrin holografik, selepas ianya direkodkan dengan dwi kamera RED Hydrogen One. Dengan sokongan dwi kamera pada panel belakang dan hadapan telefon pintar ini, serta dibantu dengan perkakasan serta perisian, rakaman video 4-View ini boleh diambil pada masa sebenar, tanpa sebarang proses yang rumit.

RED Hydrogen One menyokong paparan holografik.

RED Hydrogen One yang akan dilancarkan pada Ogos 2018 ini akan dijual pada harga USD1,295 (kira-kira RM5,032) untuk varian Aluminium, manakala varian Titanium pula dijual pada harga USD1,595 (kira-kira RM6,197).

Spesifikasi RED Hydrogen One:

  • Dioperasikan dengan Android (versi masih belum diketahui)
  • 5.7 inci, 2560 x 1440 piksel dengan teknologi nano untuk sokongan paparan 2D, 3D (stereo) dan 4-View (holografik)
  • Kamera stereo (panel belakang dan hadapan) untuk rakaman video 4-View
  • Sokong aksesori modular untuk modul kamera sinematik dan bateri
  • Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835X
  • Bateri 4500 mAh
  • Slot kad microSD
  • Port USB Type-C
  • Dua slot kad SIM
  • Port 3.5mm audio jack
  • Boleh disambungkan ke kamera keluaran RED untuk dijadikan sebagai monitor dengan skrin sentuh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend