realme X50m 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G, Skrin 120Hz, 4200mAh Dan Pengecasan 30W Comments Off on realme X50m 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G, Skrin 120Hz, 4200mAh Dan Pengecasan 30W

realme sebelum ini telahpun memperkenalkan realme X50 5G pada bulan Januari dan diikuti dengan model realme X50 Pro yang dirasmikan pada bulan Februari tahun ini. Kini satu lagi model baharu telah dilancarkan secara rasmi dengan kemunculan realme X50m 5G.

Hadir dengan sokongan skrin IPS LCD berukuran 6.57 inci FHD+, realme X50m 5G turut dilengkapi paparan dengan kadar segar semula mencecah 120Hz. Sama seperti siri realme X50 yang lain, ia turut menyokong lubang dwi kamera depan pada skrin dengan resolusi 16MP + 2MP (Depth).

Jika dibandingkan dengan model keluaran realme yang lain, realme X50m 5G menampilkan rekaan yang sama sahaja. Ini dapat dilihat pada sokongan kuad kamera menegak beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth).

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 765G, realme X50m 5G menawarkan sambungan rangkaian 5G dwi-mod (SA/NSA), NFC , Bluetooth 5.0, sistem penyejukan Liquid Copper Tube Cooling 3.0 dan juga speaker Dolby Atmos.

Manakala pengimbas cap jari peranti ini diintegrasikan pada butang kuasa, sambungan USB Type-C, dan tiada bicu audio 3.5mm ditawarkan. Ketahanan bateri sebesar 4200mAh pada realme X50m 5G boleh dicas dengan lebih pantas menggunakan teknologi pengecasan 30W Dart Fast Charge.

Ditawarkan dalam warna Starry Blue dan Galaxy White, realme X50m 5G dijual pada harga CNY1,999 (~RM1,232) untuk varian 6GB + 128GB. Manakala varian 8GB + 128GB pula dijual pada harga CNY2,299 (~RM1,417).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend