realme X50 Pro 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Skrin Super AMOLED 90Hz Dan SuperDart 65W Comments Off on realme X50 Pro 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 865, Skrin Super AMOLED 90Hz Dan SuperDart 65W

realme kini telahpun melancarkan telefon pintar 5G pertama keluarannya dengan kemunculan realme X50 Pro 5G di dalam satu majlis pelancaran global yang berlangsung secara rasmi hari ini.

realme X50 Pro 5G telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865 yang turut disokong oleh cip modem 5G generasi kedua iaitu Snapdragon X55 yang mampu menjanjikan prestasi isyarat mencapai sehingga 7.5 Gbps dan juga lebih efisien tenaga.

Bagi memastikan capaian Internet yang optimum, realme X50 Pro 5G turut dilengkapi dengan rekaan antena keliling 360 darjah untuk isyarat rangkaian yang maksimum. Tidak cukup dengan itu, ia turut menyokong penukaran pintar rangkaian 4G dan 5G.

Memori

realme X50 Pro 5G turut didatangkan dengan RAM LPDDR5 berkapasiti sehingga 12GB dan juga storan dalaman UFS 3.0 sehingga 256GB. Malah ia turut menyokong teknologi Turbo Write dan juga Host Performance Booster untuk memastikan prestasi untuk jangka masa panjang.

Pengalaman permainan menggunakan realme X50 Pro 5G juga dibantu oleh sistem penyejukan Vapor Chamber yang mampu mengatasi isu kepanasan ketika bermain permainan dengan grafik tinggi.

Bateri

Dilengkapi bateri berkapasiti 4200mAh, realme X50 Pro 5G boleh dicas penuh dalam tempoh hanya 35 minit dengan menggunakan teknologi pengecasan pantas SuperDart 65W. Menariknya, peranti ini masih mampu menyokong teknologi pengecasan pantas 18W PD ataupun teknologi pengecasan pantas Quick Charge oleh Qualcomm.

Skrin

realme X50 Pro 5G hadir dengan paparan skrin Ultra Smooth Super AMOLED berukuran 6.44 inci FHD+ yang menjanjikan kadar segar semula skrin sehingga 90Hz. Skrin peranti ini turut dilengkapi teknologi DC Dimming, HDR10+, keterangan maksimum sehingga 1000nits dan juga pengimbas cap jari terbina-dalam.

Kamera

Keupayaan penggambaran realme X50 Pro 5G didatangkan dengan sokongan dwi kamera depan beresolusi 32MP (Sony IMX 616) + 8MP (Ultra Wide). Manakala kamera utamanya pula beresolusi 64MP + 12MP (Telephoto, sehingga 20x zum) + 8MP (Ultra Wide, 119°, 3cm Macro) + B&W (Portrait, f/2.4).

Harga

Ditawarkan dalam dua warna pilihan menarik iaitu Moss Green dan Rust Red dengan sokongan speaker stereo, realme X50 Pro 5G akan dijual di India pada harga bermula INR37,999 iaitu kira-kira RM2,234.

  • 6GB + 128GB – INR37,999 (~RM2,234)
  • 8GB + 128GB – INR39,999 (~RM2,350)
  • 12GB + 256GB – INR44,999 (~RM2,644)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend