realme X50 5G Diperlihatkan Buat Pertama Kali, Gambar Sebenar Pula Tunjuk Kedudukan Pengimbas Jari Comments Off on realme X50 5G Diperlihatkan Buat Pertama Kali, Gambar Sebenar Pula Tunjuk Kedudukan Pengimbas Jari

realme X50 5G ialah telefon pintar pertama realme yang menyokong 5G, dan akan dilancarkan di China pada 7 Januari 2020. Spesifikasi asas seperti penggunaan cipset telah diketahui iaitu ia bakal dikuasakan Snapdragon 765G yang mana modem 5G telah terbina pada SoC.

Terkini, menjelang pelancarannya telah mula tersebar pula poster dipercayai realme X50 5G di arena web. Peranti hadir dengan warna biru bersama efek pantulan berkilau yang berbeza daripada peranti-peranti realme sebelum ini.

This slideshow requires JavaScript.

Tidak cukup dengan itu, gambar sebenar turut timbul baru-baru ini menunjukkan peranti dipegang oleh seseorang. Dikatakan, realme X50 5G menyertakan sistem pengimbas cap jari pada bahagian sisi, butang yang sama untuk kunci/kuasa.

Namun, tiada maklumat lanjut mengenai peranti ini. Terdahulu, realme X50 5G disahkan akan menyokong VOOC 4.0 – teknologi pengecasan pantas yang sama seperti OPPO Reno3 dan Reno3 Pro.

Apa-apapun kami pasti banyak lagi maklumat yang akan dikongsikan menjelang pelancaran peranti tidak lama lagi.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend