realme X50 5G Bakal Dikuasakan Qualcomm Snapdragon 765G SoC Comments Off on realme X50 5G Bakal Dikuasakan Qualcomm Snapdragon 765G SoC

Bulan lalu realme telah mengacah kehadiran realme X50 5G dengan dua mod sokongan 5G. Syarikat ini tidak mendedahkan bilakah peranti akan dilancarkan, tetapi kini mereka telah umumkan cip pemproses yang bakal digunakan pada telefon tersebut.

Poster promosi yang dijumpai di laman Weibo telah menunjukkan realme X50 akan dikuasakan Snapdragon 765G, SoC terbaru yang diperkenalkan pada minggu lalu. Cipset ini seperti yang anda tahu mempunyai integrasi modem 5G yang mana mampu menawarkan kadar muat turun sehingga 1.2Gbps untuk 4G dan sehingga 3.7Gbps untuk 5G.

Selain mendedahkan penggunaan cipset, poster ini turut memperlihatkan rekaan dwi-kamera berlubang pada skrin. Ia juga sama seperti yang anda pernah lihat pada Samsung Galaxy S10+, cuma kamera realme X50 5G di sebelah kiri.

Tiada maklumat lain yang diperolehi setakat ini, namun kita bakal mendengarnya lebih banyak lagi dalam beberapa minggu dari sekarang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend