realme X50 5G Akan Tiba Dengan Sokongan Pengecasan VOOC 4.0 Comments Off on realme X50 5G Akan Tiba Dengan Sokongan Pengecasan VOOC 4.0

realme bakal mengadakan majlis pelancaran peranti terbaru pada bulan hadapan, ianya adalah realme X50 5G yang dikatakan memiliki spesifikasi tinggi dengan sokongan 5G.

Kini, peranti tersebut sah akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 4.0 terbaru yang membolehkan bateri dipenuhkan sehingga 70% hanya dalam tempoh 30 minit. Namun begitu, realme tidak mendedahkan berapakah kapasiti bateri yang bakal digunakan peranti.

Syarikat turut memberitahu VOOC 4.0 didatangkan dengan aspek keselamatan dan kestabilan kelajuan mengecas melalui teknologi lima-cip perlindungan pintar dan pemantauan mengecas masa sebenar.

Buat masa ini, tarikh pelancaran realme X50 5G masih belum diumumkan tetapi dijangka banyak lagi yang akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend