Realme X2 Pro – Spesifikasi Penuh Dan Harga Sebelum Pelancaran Rasmi Comments Off on Realme X2 Pro – Spesifikasi Penuh Dan Harga Sebelum Pelancaran Rasmi 339

Banyak cerita telah kita dengari sejak kebelakangan ini mengenai telefon pintar mercu pertama daripada syarikat realme ini. Difahamkan, peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada hari ini di China. Tetapi sebelum itu, apa kata kita lihat dulu spesifikasi penuh yang ditawarkan pada realme X2 Pro.

realme X2 Pro dilengkapi paparan yang dipanggil fluid, tetapi sebenarnya berteknologi Super AMOLED 6.5-inci dengan resolusi FHD+. Skrin ini juga menyokong HDR10+ dan gamut warna DCI-P3 seperti kebanyakan telefon mercu lain di pasaran. Dibelakangnya pula terdapat sokongan pengimbas cap jari bawah skrin yang membolehkan peranti dinyahkunci sepantas 0.23 saat.

Apa yang berada didalam tubuh peranti berkaca ini adalah cip pemproses Snapdragon 855+ serta sistem GPU dengan 15% lebih lancar berbanding peranti yang menggunakan Snapdragon 855. Selain itu turut menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz untuk permainan.

Perkakasan ini juga membawakan sistem penyejukan vapor chamber menerusi kepingan grafit bagi mengurangkan haba semasa bermain permainan. Sementara ciri HyperBoost 2.0 pula dapat mengawal kestabilan kadar bingkai dan ciri Touch Boost 2.0 akan meningkatkan respon sentuhan sehingga 35%.

realme X2 Pro didatangkan dengan varian 6GB RAM dan 64GB UFS 2.1 storan. Terdapat juga varian atasan dengan storan jenis UFS 3.0 menerusi pilihan 8GB+128GB atau 12GB+256GB memori. Bagaimanapun tiada slot untuk kad microSD pada peranti ini.

Pada jabatan kamera, peranti ini menyertakan konfigurasi kuadkamera menggunakan sensor utama Samsung GW1 64MP dibelakang aperture f/1.8, sensor telefoto 13MP dengan sokongan pengezuman 2x, sensor ultralebar 8MP dengan keluasan 115-darjah, dan sensor kedalaman 2MP untuk penggambaran potret. Kamera utama ini boleh mengambil gambar dalam gelap menerusi ciri Nightscape 2.0 dan juga menyokong rakaman video 4K. Pada kamera depan, ia dibekalkan sensor 1.0µm 16MP dengan mod Nightscape dan EIS untuk video.

realme X2 Pro menawarkan kapasiti bateri sebesar 4000mAh dengan sistem pengecasan SuperVOOC 50W. Bateri ini dapat dipenuhkan sehingga 80% hanya dalam masa 30 minit sekaligus mengalahkan sistem pengecasan Warp Charge 30W. Menariknya, pengguna juga boleh menggunakan palam kuasa Qualcomm atau mana-mana Power Delivery untuk mengecas pantas peranti ini.

Bercakap tentang pengalaman permainan, realme X2 Pro menyokong tindak balas haptik dan dua pembesar suara Ultra-linear disamping menyertakan Dolby Atmos dan Hi-Res audio.

realme X2 Pro dijangka akan dijual pada tanda harga bermula CNY2799 atau sekitar RM1657 selepas tukaran mata wang semasa.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend