Realme X2 Pro Raih Skor Setanding Dengan ROG Phone II Dan Sony Xperia 5 – DXOMARK Camera Comments Off on Realme X2 Pro Raih Skor Setanding Dengan ROG Phone II Dan Sony Xperia 5 – DXOMARK Camera

Dilengkapi dengan kuad kamera utama beresolusi 64MP (f/1.8) + 8MP (UltraWide, f/2.2) + 13MP (Telephoto, f/2.5) + 2MP (Depth sensor), realme X2 Pro sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM2,399.

Jika sebelum ini realme X2 Pro telah berjaya mencatatkan skor sebanyak 58 poin dalam ujian DXOMARK Audio, kini realme X2 Pro sekali lagi telah tersenarai dalam ujian DXOMARK Camera dengan memperolehi skor sebanyak 95 poin. Ini sekaligus meletakkan realme X2 Pro setanding dengan skor yang diperolehi oleh ROG Phone II dan juga Sony Xperia 5.

Berdasarkan DXOMARK, realme X2 Pro telah mencatatkan skor sebanyak 99 poin dalam ujian kamera statik, manakala untuk prestasi rakaman videonya pula ia berjaya memperolehi skor sebanyak 86 poin.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend