realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Sokongan Paparan Skrin 90Hz yang Hebat Comments Off on realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Sokongan Paparan Skrin 90Hz yang Hebat 164

realme X2 Pro bukan sahaja menawarkan cip pemproses kelas flagship, tetapi ia juga hadir dengan kamera 64MP bersama sokongan pengecasan pantas 50W. Namun begitu, tahukah anda bahawa telefon ini juga memiliki paparan skrin dengan sokongan kadar segar semula setinggi 90Hz?

Paparan Skrin Canggih 90Hz!

Sokongan teknologi 90Hz ini secara asasnya akan memberikan pengguna pengalaman skrin yang jauh lebih baik daripada paparan skrin pada telefon pintar biasa. Pengguna akan merasai sendiri tahap kelicinan sebaik mungkin sepanjang menggunakan realme X2 Pro. Tindak balas dan respon skrin yang cukup laju membolehkan pengguna memainkan permainan bergrafik tinggi tanpa isu lengah lagi.

Kebanyakan telefon pintar hari ini dilengkapi dengan skrin 60Hz, dan tiada lagi yang pernah mengeluh mengenainya. Namun, anda pasti merasakan kelainannya jika anda mencuba skrin 90Hz seperti yang ada pada realme X2 Pro. Pastinya ada bunyi ‘erghh’ jika kembali pada skrin yang lama. Kepantasan paparan dan kadar penyegaran yang lebih tinggi, inilah apa yang dinantikan pengguna terutamanya buat gamers.

Baca juga: realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pengecasan Terpantas 50W SuperVOOC Flash Charge

Ketika ini di pasaran, peranti yang menggunakan skrin 90Hz antaranya adalah OnePlus 7 Pro, Nubia Red Magic 3s, ASUS ROG Phone 2, Pixel 4 XL, OPPO Reno Ace, dan beberapa lagi. Jika melihat kepada semua peranti ini, jelas sekali paparan 90Hz mensasarkan kepada pengalaman permainan yang imersif. Tidak hanya pada permainan, anda juga akan perasan betapa licinnya anda semasa scroll Facebook, Instagram, serta hampir semua aplikasi lain.

Selain daripada skrin yang berdesup, realme X2 Pro turut hadir dengan paparan Super AMOLED bersaiz 6.5-inci. Teknologi DCI-P3 Color Space yang disertakan turut dapat menghasilkan warna asli yang dinamik. Jika realme X2 Pro digunakan di bawah cahaya matahari, paparan ini masih lagi terang dan jelas untuk dilihat kerana tahap keterangannya mampu mencecah sehingga 1000nit!

Ciri Terbaik Lain Ditawarkan

Bercakap tentang pengalaman menonton, pengguna akan dihidangkan dengan paparan yang realistik lebih-lebih lagi semasa menonton video. realme X2 Pro dengan sokongan HDR10+ menghasilkan warna yang tajam, kontras lebih jitu, dan paling penting gambar yang lebih terperinci.

Baca juga: realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus

Jika skrin telefon mampu memudaratkan kesihatan mata dalam persekitaran gelap, kali ini tidak pada realme X2 Pro. Paparan skrin telefon ini telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland sebagai paparan skrin mesra kepada mata. Melalui teknologi ini, kadar cahaya biru kini diturunkan kepada 37.5%.

Akhir sekali, realme X2 Pro hadir dengan fungsi pengimbas cap jari bawah skrin. Pengguna boleh nyahkunci peranti hanya dalam masa 0.23 saat iaitu bersamaan dengan sepantas kerdipan mata sahaja.

Kesimpulannya, realme X2 Pro ialah sebuah telefon yang lengkap dengan ciri-ciri terkini. Bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia, kita tunggu sehingga minggu hadapan, 2 Disember 2019.

Baca juga: realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pelbagai Fungsi Fotografi Menggunakan Kuad Kamera 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend