realme X2 Pro Master Edition Terima Anugerah Daripada Red Dot Design Award 2020 Comments Off on realme X2 Pro Master Edition Terima Anugerah Daripada Red Dot Design Award 2020

Jenama telefon pintar paling pantas berkembang, realme sering kali tampil dengan telefon-telefon terbaru. Pada bulan Disember yang lalu, realme X2 Pro Master Edition telah diperkenalkan di Malaysia dan ia merupakan model edisi terhad dengan hanya 50 unit sahaja yang dibawa masuk.

Peranti itu telah habis terjual dalam masa sehari disebabkan tanda harganya yang sama seperti edisi biasa. Hari ini peranti itu telah memenangi salah satu anugerah oleh Red Dot Design Award 2020. realme X2 Pro Master Edition diiktiraf sebagai ‘Product Design 2020’ yang mana anugerah ini merujuk kepada reka bentuk produk terbaik.

realme X2 Pro Master Edition yang berharga RM2399 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Red Brick (yang dijual di Malaysia) dan Concrete. Kedua-dua kemasan ini direka cipta oleh pereka industri terkenal dunia, Naoto Fukusawa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend