Realme X2 Pro Dijadualkan Muncul Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini Di Sepanyol Comments Off on Realme X2 Pro Dijadualkan Muncul Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini Di Sepanyol 554

Kehadiran realme dalam pasaran telefon pintar telah memberi saingan sengit kepada jenama lain khususnya dalam segmen kelas pertengahan. Perkara ini sekaligus telah membuka peluang kepada realme untuk menghasilkan telefon pintar atasan yang pertama menerusi realme X2 Pro.

Selepas peranti ini hangat diperkatakan, kini tarikh pelancarannya telah tersebar di arena web. Ia akan berlaku pada 15 Oktober 2019 di Madrid, Sepanyol menggunakan slogan “All in Quad” yang merujuk kepada sistem kamera utama.

Setakat ini, banyak maklumat mengenai realme x2 pro telah diketahui antaranya seperti penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 855+, sistem kuadkamera 64MP dengan zum 20x hibrid, skrin Fluid Display yang menyokong 90Hz, dan sistem pengecasan pantas 65W. Tambahan pula, ia akan dilengkapi dua pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos.

realme X2 Pro bakal bakal menjadi telefon pintar mercu yang sarat dengan ciri-ciri terkini serta mungkin ditawarkan pada harga yang kompetitif.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend