realme X2 Pro Dengan Speaker Stereo Dolby Atmos Catat Skor Sederhana Di DXOMARK Audio Comments Off on realme X2 Pro Dengan Speaker Stereo Dolby Atmos Catat Skor Sederhana Di DXOMARK Audio

realme X2 Pro yang merupakan telefon pintar mercu pertama daripada realme baru-baru ini telah menerima skor yang agak sederhana iaitu hanya 58 poin dalam ujian DXOMARK Audio.

Dilengkapi dengan sokongan dwi speaker stereo dengan sentuhan teknologi audio daripada Dolby Atmos, realme X2 Pro mencatatkan skor 59 poin untuk keupayaan memainkan audio. Manakala keupayaan rakaman audio untuk peranti ini pula adalah 55 poin.

realme X2 Pro sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM2399 dengan sokongan cipset Snapdragon 855+, RAM 12GB, paparan skrin 6.5 inci Super AMOLED 90Hz, dan juga bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan pantas 50W.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend