realme X2 Pro Dengan Snapdragon 855+, 12GB RAM Dan Skrin 90Hz Kini Rasmi Pada Harga RM2399 Comments Off on realme X2 Pro Dengan Snapdragon 855+, 12GB RAM Dan Skrin 90Hz Kini Rasmi Pada Harga RM2399 117

Seperti yang dinanti-nantikan, realme Malaysia hari ini telahpun melancarkan secara rasmi peranti mercu terbaiknya iaitu realme X2 Pro untuk pasaran tempatan.

realme X2 Pro hanya diperkenalkan dalam satu varian sahaja untuk pasaran tempatan iaitu 12GB + 256GB, dan akan dijual pada harga RM2399. Ia ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Lunar White dan Neptune Blue.

Pra-tempah realme X2 Pro boleh dibuat secara eksklusif di ‘Chup Dulu Lazada’ pada 5 Disember 2109 jam 12 tengah malam. Pengguna yang membuat pra-tempah akan menerima hadiah percuma berupa realme Buds Wireless, realme Powerbank dan realme Bag Pack. Ia akan dijual di Lazada bermula 12 Disember 2019 (jam 12 tengah malam).

Manakala jualan istimewa offline pula akan diadakan pada 7 Disember 2019 (jam 12 tengah malam) di DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya.

Spesifikasi realme X2 Pro:

  • ColorOS 6.1
  • Qualcomm Snapdragon 855+ (7nm)
  • 12GB (LPDDR4X) + 256GB (UFS 3.0)
  • 6.5 inci Super AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • 90Hz, HDR10+, Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera depan: 16MP (Super Nightscape)
  • Kamera utama: 64MP (Samsung ISOCELL GW1, f/1.8) + 13MP (Telephoto, f/2.5) + 8MP (Wide Angle, f/2.2) + 2MP (Potrait, f/2.4)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5, NFC, 3.5mm audio jack, USB Type-C
  • 4000mAh (50W SuperVOOC Flash Charge)
  • Speaker Stereo (Dolby Atmos)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend