Realme X Lite Turut Dilancarkan, Merupakan Jelmaan Semula Realme 3 Pro Untuk Pasaran China Comments Off on Realme X Lite Turut Dilancarkan, Merupakan Jelmaan Semula Realme 3 Pro Untuk Pasaran China 364

Serentak dengan majlis pelancaran rasmi Realme X, Realme turut memperkenalkan model keduanya iaitu Realme X Lite untuk pasaran China. Walaupun diumumkan dalam siri ‘Realme X’ ia sebenarnya bukanlah sebuah model yang baharu kerana Realme X Lite ini merupakan jelmaan semula Realme 3 Pro yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Dari segi sokongan spesifikasi, Realme X Lite masih mengekalkan ciri-ciri dan juga fungsi yang sama seperti Realme 3 Pro iaitu dikuasakan dengan Snapdragon 710, dioperasikan oleh ColorOS 6.0 berasaskan Android9.0Pie, RAM sehingga 6GB, ruang storan sehingga 128GB, dan juga bateri 4045 mAh dengan teknologi VOOC 3.0 Flash Charge (microUSB).

Selain itu Realme X Lite juga tersedia dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), pengimbas cap jari di belakang, dwi kamera utama beresolusi 16MP (f/1.7, Sony IMX519) + 5MP (f/2.4), kamera depan 25MP (f/2.0) pada rekaan takuk kecil.

Realme X Lite akan dijual di China pada harga CNY1,199 (kira-kira RM728) untuk varian 4GB + 64GB, manakala varian 6GB + 64GB akan dijual pada harga CNY1,299 (kira-kira RM788), dan varian tertinggi 6GB + 128GB pula ditawarkan pada harga CNY1,499 (kira-kira RM910).

Baca juga:

[Ulasan] Realme 3 Pro, Musuh Kepada Peranti Kelas Pertengahan Lain

Realme X Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, Dwi Kamera 48MP, 8GB RAM, Skrin AMOLED Dan VOOC 3.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend