Realme X dan Realme X Youth Edition Disahkan Akan Dilancarkan Pada 15 Mei 2019 Comments Off on Realme X dan Realme X Youth Edition Disahkan Akan Dilancarkan Pada 15 Mei 2019

Jika pada minggu lepas kami telah berkongsi berita mengenai Realme X yang dipercayai akan diperkenalkan dalam dua versi iaitu Snapdragon 855 dan Snapdragon 730. Ternyata penawaran Realme X dalam dua varian berbeza itu telah disahkan lagi oleh platform e-dagang popular di China iaitu jd.com.

Melalui pendedahan yang dibuat di platform tersebut, Realme akan menawarkan dua varian iaitu Realme X yang dikuasakan dengan Snapdragon 855, dan juga Realme X Youth Edition yang berkemungkinan besar menyokong cipset Snapdragon 730. Kedua-dua varian Realme X ini juga telah didedahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei 2019 nanti.

Bahkan melalui ketirisan yang dikongsikan sebelum ini, Realme X dan Realme X Youth Edition akan menyokong rekaan skrin penuh tanpa takuk, kamera depan terangkat, teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0, dan juga memiliki dwi kamera 48MP + 5MP. Realme X tersedia dalam dua pilihan memori iaitu 6GB + 128GB dan 8GB + 128GB, manakala Realme X Youth Edition pula tersedia dalam tiga pilihan memori iaitu 6GB + 64GB, 6GB + 128GB, dan juga 8GB + 128GB.

sumber

Baca juga:

Telefon Pintar Mercu Realme X Tertiris – Hadir Dalam Varian Snapdragon 855 dan Snapdragon 730

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend