Realme U1 Dengan Kamera Swafoto 25MP Dan Dikuasakan Oleh MediaTek Helio P70 Kini Rasmi Comments Off on Realme U1 Dengan Kamera Swafoto 25MP Dan Dikuasakan Oleh MediaTek Helio P70 Kini Rasmi 733

Akhirnya satu lagi telefon pintar baharu keluaran sub-jenama OPPO iaitu Realme kini telahpun rasmi, apabila model Realme U1 dilancarkan di India baru-baru ini.

Realme U1 kini memfokuskan aspek swafoto yang lebih baik melalui sokongan lensa beresolusi 25MP. Hadir dengan sensor kamera daripada Sony IMX576, aperture f/2.0 dan juga saiz piksel sebesar 1.8μm (micron), ia memastikan pengambilan gambar pada waktu malam yang lebih baik. Bahkan ia turut menyokong fungsi AI Front Unlock sepantas 0.1 saat.

Saiz skrin yang disokong juga agak besar iaitu 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan rekaan takuk titisan air yang sama seperti Realme 2 Pro. Rekaan bezel yang lebih kecil ini menjanjikan nisbah skrin-ke-kerangka sebesar 90.8% dengan nisbah paparan 19.5:9. Dari segi kualiti skrin pula, menjanjikan keterangan 450 nits dan juga nisbah kontras 1500:1.

Realme U1 dikuasakan dengan MediaTek Helio P70 (12 nm), dikuasakan dengan ColorOS 5.2 (Android 8.1 Oreo), dwi kamera utama 13MP + 2MP, dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh. Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu Ambitious Black, Brave Blue dan juga Fiery Gold.

Ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran India, Realme U1 dengan memori 3GB + 32GB akan dijual pada harga Rs.11,999 (kira-kira RM717). Manakala varian 4GB + 64GB pula boleh dimiliki pada harga Rs.14,999 (kira-kira RM896).

Spesifikasi Realme U1:

  • ColorOS 5.2 (Android 8.1 Oreo)
  • Dual SIM (nano + nano + microSD)
  • MediaTek Helio P70 (4x 2.1GHz Cortex-A73 + 4x 2GHz Cortex-A53)
  • 3GB + 32GB / 4GB + 64GB (microSD sehingga 256GB)
  • 6.3 inci IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 pixels)
  • Corning Gorilla Glass 3
  • Kamera utama: 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera hadapan: 25MP Sony IMX576 (f/2.0)
  • 157 x 74 x 8mm / 168g
  • 3.5mm audio jack
  • 4G VoLTE, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.2, GPS
  • 3500 mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend