realme TV Melepasi Biro Standard India, Dijangka Sokong Panel LED 43 Inci Comments Off on realme TV Melepasi Biro Standard India, Dijangka Sokong Panel LED 43 Inci

Di awal kemunculannya, realme dilihat sangat komited dengan penghasilan pelbagai model telefon pintar pada harga yang sangat kompetitif. Bahkan jenama ini dilihat mula memperluaskan produknya dengan penawaran aksesori seperti fon telinga tanpa wayar dan juga jam kecergasan.

Kini realme dijangka akan menceburi bidang pembuatan TV pintar pula apabila produk terbaharunya itu dijangka akan diperkenalkan di India selepas ia dilihat sudah mula melepasi Biro Standard India (BIS).

Berdasarkan maklumat awal yang berjaya diperolehi, TV pintar realme ini akan menyokong panel LED dengan saiz berukuran 43 inci. Tidak dinafikan saiz skrin TV pintar realme ini bukanlah yang terbesar tetapi ini mungkin bagi memastikan harga jualan yang lebih rendah.

Sebelum ini CEO realme telahpun mengumumkan bahawa TV pintar pertama daripada realme akan mula dilancarkan secara rasmi bermula suku kedua tahun ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend