realme Tunda Pelancaran siri Narzo Berikutan PKP Di India Comments Off on realme Tunda Pelancaran siri Narzo Berikutan PKP Di India

Minggu lalu kami ada bawakan berita mengenai siri telefon pintar terbaru daripada realme yang mana realme Narzo 10 dan Narzo 10A akan dilancarkan pada 26 Mac ini.

realme yang berpusat di India nampaknya telah mengambil keputusan untuk menunda acara pelancaran peranti itu berikutan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di India pada ketika ini.

CEO realme, Madhav Sheth menerusi ciapan di Twitter menyatakan syarikatnya menghormati keputusan Perdana Menteri India dan mahu seluruh rakyat di negara itu untuk memfokuskan kepada keselamatan dan kesihatan diri dengan berada di rumah masing-masing serta memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.

Tiada tarikh khusus bilakah pelancaran ini akan diadakan. Untuk pengetahuan anda, India kini melanjutkan tempoh PKP selama 21 hari bermula hari ini, 25 Mac 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend