realme Raikan Sambutan Ulang Tahun Bersama 4000 Peminat Di Nights of Fright 7 Comments Off on realme Raikan Sambutan Ulang Tahun Bersama 4000 Peminat Di Nights of Fright 7

realme Malaysia baru-baru ini telah meraikan sambutan ulang tahun yang pertama mereka bersama ribuan peminat di Nights of Fright 7. Acara ini turut menyaksikan kira-kira 4000 peminat yang hadir dari seluruh negara bagi merasai sendiri pengalaman menyeramkan bersama realme, selaku penaja rasmi telefon pintar Nights of Fright 7, Sunway Lagoon.

“Kami sangat gembira kerana mendapat sokongan penuh dari peminat sepanjang satu tahun ini malah kami mendapati peminat juga sangat teruja meraikan ulangtahun ini, semalam (Jumaat lalu). Sebagai tanda terima kasih kepada peminat, kami telah bekerjasama dengan Nights of Fright 7 untuk meraikan ulang tahun ini. Di sini, kami akan terus menawarkan produk dan memberi pengalaman pengguna yang terbaik kepada peminat”, kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

Nights of Fright 7 membawakan pengalaman menyeramkan kepada para pengunjung menerusi lapan rumah hantu, dua zon menakutkan, satu teater berhantu, dua persembahan pentas, dan 11 permainan mencabar.

Selain itu, tiga peminat bertuah akan diumumkan sebagai pemilik peranti terbaru, realme XT selepas berjaya dalam peraduan media sosial yang diadakan pada hari sambutan ulang tahun yang lalu. Untuk pengetahuan anda, realme XT akan berada di pasaran mulai 9 November ini pada harga RM1399 seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend