realme Narzo 10 dan Narzo 10a Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi Di India Comments Off on realme Narzo 10 dan Narzo 10a Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi Di India

Selepas beberapa kali pelancaran siri Narzo ditunda berikutan pandemik yang melanda, ia akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Dua peranti tersebut adalah Narzo 10 dan Narzo 10a.

Kedua-duanya bukanlah telefon pintar baharu sebaliknya hanyalah penjenamaan semula kepada realme 6i dan realme C3 yang sedia ada di Malaysia.

realme Narzo 10

Narzo 10 hadir dengan cipset MediaTek Helio G80, 8GB RAM, dan 128GB storan diikuti paparan sebesar 6.5-inci HD+ dengan tetapan kuadkamera belakang 48MP serta kamera swafoto 16MP. Peranti ini dijana bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 18W melalui sambungan USB-C.

realme Narzo 10a

Manakala untuk Narzo 10a pula, ia didatangkan dengan kemasan panel belakang yang berbeza sekali berbanding C3. Tetapi untuk spesifikasi, ia masih sama iaitu menerusi cip pemproses Helio G70, 3GB RAM, 32GB keluasan storan, trikamera belakang 12MP +2 MP + 2MP, dan bateri sebesar 5000mAh.

Narzo 10 dan 10a dijalankan di atas sistem operasi realme UI berasaskan Android 10 terus dari kotak. Di India, ia ditawarkan pada harga INR11,999 (~RM688) untuk Narzo 10 sementara Narzo 10a pula berharga INR8499 (~RM487) sebuah.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend