realme Narzo 10 dan Narzo 10A Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di India Pada 11 Mei 2020 Comments Off on realme Narzo 10 dan Narzo 10A Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di India Pada 11 Mei 2020

Selepas majlis pelancaran siri realme Narzo sebelum ini telah ditunda dari tarikh asalnya yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac, hari ini realme India akhirnya telah mengesahkan tarikh pelancaran siri baharunya itu pada 11 Mei 2020 (Isnin).

realme Narzo merupakan siri baharu yang diperkenalkan untuk telefon pintar dengan sokongan prestasi terbaik untuk segmennya, dan ia disasarkan untuk golongan remaja dari generasi Z.

Berdasarkan perkongsian di laman rasmi realme, siri ini akan menampilkan sokongan bateri berkapasiti sebesar 5000mAh, pemroses terkini yang pertama kali diperkenalkan di India, dan juga paparan skrin besar mencecah 6.5 inci.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend