realme Mungkin Akan Keluar Dari OPPO, Kini Sedang Membangunkan Ekosistem Tersendiri Comments Off on realme Mungkin Akan Keluar Dari OPPO, Kini Sedang Membangunkan Ekosistem Tersendiri 164

Menurut laporan terbaru, realme mungkin akan membawa jenama tersendiri tanpa pengaruh OPPO. Hal ini dikaitkan kerana realme kini mempunyai jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemasaran mereka tersendiri. Bagaimanapun realme masih lagi bergantung sumber daripada OPPO.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Komersil realme Taiwan, Chung Hsiang-wei, “realme kini sedang membangunkan ekosistem dan barisan pengeluaran tersendiri.”

Perkara ini tidak mustahil berlaku memandangkan realme kini berada di kedudukan ketujuh dalam industri telefon pintar dunia. Antara faktor utama yang membawa mereka ke tahap ini salah satunya adalah menawarkan telefon dengan harga yang berpatutan seiring dengan spesifikasi.

Jika benar ia berlaku, BBK Electronics mungkin akan kehilangan anak syarikat di bawah pengurusan OPPO yang mana BBK juga mempunyai Vivo dan OnePlus.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend