Realme Muncul Dengan Imej Acah Dipercayai Realme 3 Comments Off on Realme Muncul Dengan Imej Acah Dipercayai Realme 3 359

Sub-jenama Oppo iaitu Realme telah diperkenalkan sejak tahun lalu bermula di India seterusnya di Malaysia dengan beberapa model telefon pintar pada harga mampu milik. Syarikat ini juga dilaporkan akan melancarkan peranti Realme generasi ketiga dalam suku pertama tahun ini.

Terbaru, satu imej acah telah dimuat naik di laman Twitter Realme memperlihatkan peranti terbaharu akan diperkenalkan tidak lama lagi. Berdasarkan imej, kami yakin jawapannya adalah Realme 3 memandangkan pertanyaan yang diberikan sangat mudah untuk dijawab. Namun begitu, tiada tarikh khusus dikongsikan dan kami menjangka ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Memandangkan Realme 2 mula diperkenalkan pada Ogos 2018, ia sekaligus telah memendekkan kitaran setahun untuk generasi baharu dikeluarkan. Jadi, adakah dengan pelancaran Realme 3 ini akan mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi seperti Realme 2 berjaya perolehi semasa awal-awal ia dilancarkan? Kita lihat sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend