Realme Model RMX1833 Dengan Sokongan Helio P60 Muncul Di Geekbench, Adakah Ini Realme 3?! Comments Off on Realme Model RMX1833 Dengan Sokongan Helio P60 Muncul Di Geekbench, Adakah Ini Realme 3?!

Realme baru sahaja memasuki pasaran tempatan dengan penawaran tiga modelnya iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga model lebih mampu milik iaitu Realme C1. Apa yang menariknya, model Realme 2 Pro yang tersedia dalam tiga varian telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di negara ini.

Realme merupakan sub-jenama OPPO yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia secara rasmi awal November lalu.

Kini ada satu lagi berita menarik ingin kami kongsikan berhubung sub-jenama OPPO ini, apabila satu lagi model terbaharunya telah membuat kemunculan pertamanya di pangkalan data penanda aras popular iaitu Geekbench. Tampil dengan nama model RMX1833, peranti ini telah dijana dengan pemproses MediaTek Helio P60, sama seperti model pertamanya iaitu Realme 1.

Tiga model Realme telah dibawa masuk secara rasmi di negara ini dengan harga yang sangat kompetitif.

Walaupun buat masa ini nama model ini masih lagi kekal misteri, ada pihak yang berpendapat bahawa ia mungkin akan dikenali sebagai model Realme 3. Jika perkara ini benar, ia merupakan peranti kedua daripada Realme menyokong pemproses MediaTek, memandangkan tiga model yang dilancarkan di Malaysia menyokong pemproses daripada Qualcomm.

Berdasarkan imej yang diperolehi itu juga, Realme RMX1833 turut dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, RAM berkapasiti 4GB, dengan skor single-core sekitar 1,560 dan juga skor multi-core mencecah 5,926. Namun buat masa ini tiada imej yang berjaya diperolehi di Internet.

Kini anda sudah boleh memiliki model Realme secara rasmi di Malaysia

Baca juga:

Realme Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Dengan Pelancaran Realme 2 Pro, Realme 2 Dan Realme C1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend