Realme Merupakan Jenama Telefon Pintar Paling Laris Sepanjang Kempen ‘Raya Dengan Shopee’ Comments Off on Realme Merupakan Jenama Telefon Pintar Paling Laris Sepanjang Kempen ‘Raya Dengan Shopee’

Bagi meraikan sambutan musim perayaan Hari Raya, Realme Malaysia telah menganjurkan promosi istimewa yang menawarkan pelbagai diskaun, tawaran hebat dan juga hadiah percuma dengan pembelian telefon pintar keluaran Realme di platform e-dagang Shopee. Bersempena dengan kempen ‘Raya Dengan Shopee’, anda boleh menikmati promosi ini sehingga 6 Jun 2019 nanti.

Menariknya Realme Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa jenama Realme telah menjadi pilihan pengguna, selepas ia mencatatkan rekod jualan tertinggi 21 Mei hingga 24 Mei 2019 di Shopee. Tambahan pula promosi jualan ‘Raya Dengan Shopee’ telah berlangsung pada hari yang sama model Realme C2 dijual secara eksklusif di Shopee, iaitu pada 21 Mei.

Selain menerima rating sebanyak 4.9 daripada 5 untuk Realme C2 di Shopee, kedai rasmi Realme di Shopee turut menawarkan pelbagai pilihan model keluarannya seperti Realme 3, Realme 2 Pro, dan juga Realme C1.

  • Beli telefon pintar Realme di Shopee

Baca juga:

Realme C2 Turut Ditawarkan Pada Harga Kurang RM500 Di Malaysia

Realme 3 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend